SAMBAL BELACAN MEMORI DAUN PISANG - Aisya Ismail

Sunday, 3 September 2017

SAMBAL BELACAN MEMORI DAUN PISANG

Assalamualaikum and hye readers~


Masih ingat tak yang ai pernah bagitau ai akan siapkan stok sambal belacan di dalam fridge? Bukan nya apa, sambal belacan kan pelengkap rasa bagi sesetengah orang. Sebab tu lah ai memang pastikan sambal belacan tu selalu ada dalam fridge.


Sayur bendi and terung tu rebus je. Makan dengan nasi panas-panas.


Kali ni ai nak kongsikan pula cara untuk mebuat sambal belacan sedap nyum nyum versi ai. Tapi cara ai ni blender. Yang penting, mesti guna secret ingredient ai, belacan melaka! Hehehe! Nak guna belacan lain pun boleh je. Jadi juga sambal belacannya.


Bahan-bahan

- 9 biji cili merah
- 1/2 belacan melaka
- 1 biji bawang merah
- 5 biji limau kasturi yang dibuang biji
- 5 biji cili padi
-Air


Belacan melaka ada versi kecil-kecil.



Cara-caranya

1- Mula-mula cuci semua bahan-bahan di atas.

2- Bakar belacan sehingga bertukar warna. Jangan sampai rentung! Zaman sekarang orang dah bakar guna oven. Kalau tak ada, bakar je atas dapur masak.

3- Patah-patahkan cili merah dan dimasukkan ke dalam blender. Masukkan juga belacan melaka, bawang merah dan cili padi.

3- Perah jus limau kasturi ke dalam blender. Kalau dapat mangga muda lagi terbaik.

4- Masukkan air dan blend semua bahan serentak.





Dah siap! Jemput lah makan ye. Hehehe! Senang je kan? Lebih kurang macam nak buat cili kisar je. Sambal belacan ni, korang makan dengan telur dadar dan nasi panas-panas. Perghhh sedap weh ai tak tipu.


Kalau rajin, tumbuk dalam lesung batu lagi sedap for me. Tapi encik husband lebih suka makan sambal belacan blender. So, ai memilih untuk mengikut selera suami sebab bagi ai dua-dua pun sedap.

Korang cubalah. Kalau sedap dan terangkat, share dengan ai tau. Hihihi!


Stok sambal belacan memori daun pisang.

5 comments:

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D