FASHION RAMBUT WANITA YANG SERING MENJADI PILIHAN - Aisya Ismail

Friday, 8 September 2017

FASHION RAMBUT WANITA YANG SERING MENJADI PILIHAN

Assalamualaikum and hye readers~


Rambut adalah mahkota untuk setiap wanita. Jangan tak tahu, zaman sekarang rambut juga mahkota bagi seorang lelaki. Lelaki zaman sekarang tak kurang juga hebat dalam menggayakan rambut masing-masing. Dan sudah tentu lelaki juga yang selalu menjadi hakim dalam menilai gaya rambut wanita. Citarasa seorang lelaki kadang-kadang lebih hebat daripada seorang wanita.


Tidak dinafikan, dalam mempersiapkan diri, rambut adalah perkara utama selain daripada muka. Pendek kata, kalau cacat bahagian rambut, maka cacat lah penampilan diri. Untuk kelihatan lebih yakin dan bergaya, penggayaan rambut yang sesuai dengan muka adalah penting. Tapi ada orang kata, kalau dah cantik, buat lah gaya macam mana sekalipun tetap cantik. Betul ke? 


There are many things that you need to know in women fashion. Jom kita tengok jenis-jenis potongan dan penggayaan rambut yang menarik dan popular masa kini. Lepas ni boleh lah terus ke saloon untuk ubah imej rambut.


Rebonding
Kristina Paukshtite
Rambut yang panjang dan lurus menjadi idaman kebanyakkan wanita di luar sana. Setiap rambut berbeza-beza, namun untuk mendapatkan rambut yang lurus ini tidak lah susah dengan ada nya service rebonding di saloon. Hanya perlu merajinkan diri untuk ke saloon sahaja.


Glunge
Ifreestock
Diambil daripada perkataan glam and grunge, fesyen rambut belah tengah ini semakin popular kembali. Adakah tomok akan kembali dengan gaya rambut ini? Tapi dengan senang hati ai nak katakan, gaya rambut begini tidak sesuai dengan wajah ai.


Hair Bun
Tookapic
Kalau dulu kita selalu lihat gaya ini akan digayakan pada wanita yang sedang berpantang selepas proses melahirkan anak. Namun kini, gaya ini dianggap gaya santai yang sangat feminin. Malah gaya ini mampu membuatkan seseorang itu kelihatan sangat comel.


Waves
Ben Cheung
Mahu nampak comel dan cheeky? Gaya rambut kerinting ini sesuai dengan anda. Perasan tak, wanita lebih memilih rambut lurus berbanding rambut kerinting? Ini adalah kerana rambut kerinting agak sukar untuk dijaga berbanding rambut lurus. 


Bob Cut
Pham Khoai
Gaya rambut ini cukup popular di kalangan remaja. Pada ai, gaya rambut bob cut ini sesuai dengan semua jenis wajah. 


Fringe
Valeria Boltneva
Gaya rambut ini juga agak popular di kalangan remaja. Fringe ini sering digayakan dengan potongan rambut bob cut.


Boy Cut
rawpixel.com 
Semakin mendapat perhatian. Potongan rambut pendek ini tidak kurang hebat nya. Jika kena pada gaya, anda akan kelihatan lebih menyerlah berbanding ketika berambut panjang. Malah, ramai artis-artis juga memilih untuk berambut pendek ala boy cut ini.


Pony Tail
Markus Spiske
Gaya ringkas ini adalah gaya yang paling popular di kalangan wanita. Mudah disiapkan, cepat dan kemas. Tanpa melihat cermin pun boleh bersiap.


Wanita dan fesyen tidak boleh dipisahkan. Semakin membangun dunia, seiring dengan itu juga lah bangunnya dunia fesyen. Setiap tahun ada sahaja fesyen baru yang muncul. Rambut dah cantik mesti lah nak kena dress up cantik-cantik juga kan. Baru lah meletops. Nak update gambar kat instagram pun rasa semangat je. Tapi kalau korang tak ada pakaian yang sesuai untuk digayakan, why not kalau korang shopping baju baru? Jangan jadikan malas sebagai alasan. ZALORA kan ada. Pergi je ke website https://www.zalora.com.my/women/ ada banyak pilihan pakaian yang cantik dan bergaya. Nak yang mahal, yang murah semua ada. Yang penting, trusted website. Dijamin sampai dengan baik. Jadi, fesyen yang mana satu menjadi pilihan anda?

25 comments:

  1. Harga maintenance rambut perempuan boleh tahan sekarang ni...

    ReplyDelete
  2. Nak cantik kan? Tapi ada je saloon yang tak mahal.. nak dengan taknak je.

    ReplyDelete
  3. sebelum bertudung dulu selalu potong pendek , sekarang dah bertudung pun potong pendek jugak sebab selalu gugur and rambut pun banyak rosak dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambut pendek paling senang nak jage. Yeke?

      Delete
  4. Sume pesen rambut tu akak dah try hehe. Paling suka rebonding Sebab rambut akak natural wave, so Bila rebonding tu first time, rasa seronok sangat dapat rambut lurus lembut mengurai

    ReplyDelete
  5. Kita suka dengan rambut warna hitam juga hehehe sebab nampak original wakakakak...

    ReplyDelete
  6. Fesyen rambut tak perlu sikat iaitu akan menjadi belah tengah secara automatik lah paling lama trending kan. Senang! Dah jadi ibu, rambut potong pendek je. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai tak suka fashion belah tengah.. tapi zahirah mcwilson cantik sangat belah tengah..

      Delete
  7. Ada yang cantik.. ada yang over... tapi tulaaa.. cantik untuk orang lain.. bini kat rumahh.. haha

    ReplyDelete
  8. berapalah harga maintenance rambut rambut ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends.. tengok lah kat mana buatnya..

      Delete
  9. suka tengok kalau yang wave tu cantik sangat. Tak pun curl

    ReplyDelete
  10. love the rebonding. lurus dan cantik.

    ReplyDelete
  11. I always wanted a fringe but not sure my face is suitable for that or not.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course very suitable with you my dear..

      Delete
  12. Paling minat style hairbun.. Simple n padan je dgn sisO..

    ReplyDelete
  13. Since dok kuantan ni panas nya lah..maka potong pendek je la senang.. hahaha

    ReplyDelete
  14. Bob cut lawa..rabia potong rambut jugak..panaslah rambut panjang

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D