ABOUT ME FASHION REVIEW TIPS TUTORIAL AI SHOP RESIPI DISCLAIMER

Tuesday, 1 August 2017

BARU TAHU HOTEL SENTRAL MELAKA BEST!

Assalamualaikum and hye readers~


Suka bercuti di Melaka tak? Actually dari kecik-kecik pun ai teringin nak pergi Melaka. Sebab apa? Kawan-kawan ai suka sangat pergi Melaka, ai pun nak lah. Kalau ada school trip ke Melaka tu, excited bagi surat kat mak baba dengan harapan dapat pergi. Tapi hampa. Mak mesti cakap 'nak buat apa? Kita baalik kampung pun kat Melaka juga'.


Favorite I dengan encik husband jalan belakang banggunan tu!

Hampa je rasa bila mak tak bagi pergi. Tapi memang betul. Kalau trip ke tempat lain ok je boleh pergi. Tapi, kalau Melaka memang tak dapat. Sampai lah kami sekeluarga berpindah ke Melaka, masih lagi ai tak dapat nak explore Melaka tu. Yelah, siapa yang nak melayan bawa berjalan kan. Mak baba PJJ masa tu. Nak keluar dengan kawan-kawan? Oh sangat susah! But ai ok je duduk rumah. Apa ada hal. Tipu lah tak keluar langsung. Nak keluar dengan siblings ok je.


Bila ai dah sambung belajar jauh, baru mak baba bagi kelonggaran sedikit. Dah jauh-jauh boleh lepas, takkan lah dalam Melaka pun tak boleh kan. Hehehe! So bermula lah episod jelajah Melaka. Ecehh jelajah lah sangat. But at least kalau orang tanya apa yang best di Melaka, ai tahu lah nak jawab apa. Sebab banyak tempat ai dah explore. Melaka ni kecik je, so senang nak habis pusing. Hehehe!


Since dah dapat 'lesen' merayap ni, selalu juga lah ai hangout dalam Melaka sebab banyak tempat yang best untuk hangout. Nak jadikan lokasi photoshoot pun banyak tempat yang menarik. Maklumlah negeri yang bersejarah kan, jadi banyak lokasi yang rare dan terpelihara. Kalau pusing-pusing dalam Melaka, kita boleh tengok dan bayangkan keadaan Melaka yang pernah menjadi salah satu empayar yang hebat di Nusantara. Because of Melaka attraction, so ramai lah yang suka bercuti di sini. Pantai di Melaka pun cantik hoi hoi..


Disebabkan parents ai ada di Melaka, ai tak merasalah apa itu bercuti di Melaka. Kalau balik Melaka memang tidur rumah je lah. Nak buat apa bazir duduk di hotelkan. Tapi kebetulan hari tu, Family-in-law ai nak ke Melaka. Convo adik ipar ai. Dah ramai-ramai tu tak boleh lah nak tidur kat rumah kan. So kami cari hotel. Susahnya nak mencari, sebab Melaka ni ramai peminat. Last minit planning memang susah nak dapat bilik. Majoriti full booked. Tapi ai terjumpa satu hotel yang menarik minat ai yang betul di tengah-tengah Melaka ni. Nama hotel tu ialah Hotel Sentral Melaka.





Dari hotel ni, banyak tempat-tempat berhampiran yang menarik boleh korang pergi. Antara tempat yang best tu adalah Cheng Hoong Heng Temple dan Jonker Walk. Jonker Walk! Favorite spot ai tau. Dari Jonker Walk tu, ai suka berjalan sepanjang sungai dan bergambar di belakang-belakang banggunan. Best weh! Waktu malam memang meriah, banyak kedai-kedai souvenir yang best. So, kalau nak bawa kereta tu memang susah nak dapat parking. Kalau jenis bersabar tak apa lah. Tapi sebab hotel ni dekat je, and ada parking sendiri, so boleh lah jalan kaki ke Jonker Walk. Port makan dan shopping jangan cakap lah, banyak pilihan.


Check in pukul 2 petang, awal sikit daripada hotel-hotel lain. Tapi kalau sampai awal tu, boleh coffee-coffee dulu sambil menunggu. Tak pun baca lah newspaper yang disediakan di lobby. Taknak? Wifi ada, korang online lah, update blog ke sambil-sambil menunggu tu.





Hotel ni sangat sesuai lah untuk percutian solo, family ataupun dengan kawan-kawan. Untuk corporate gathering pun sesuai. Bilik hotel agak selesa dilengkapi dengan air-cond, katil yang empuk, shower siap water heater dan TV. Boleh lah lepak santai dalam bilik sambil order makan dengan room service 24 hours operation. Reception hotel memang best! 👍 Hotel ni juga ada servis laundry untuk korang yang tak suka bawa baju banyak. Untuk event yang besar seperti company dinner, wedding atau birthday party, hotel ni ada ballroom yang boleh muatkan ramai orang. Tapi pasal ballroom ni, korang tanya sendiri dekat front desk. Ai tak berniat lagi nak menggunakan ballroom tu, so ai tak tahu prosedur dia.


Oh ye, kat hotel ni ada ATM tau. Port yang best kalau menginap di hotel, of course swimming pool! Ada budak kecik paling best pergi swim. Hehehe! Best kan? Kalau korang dah feeling nak duduk kat hotel ni, ai suggest korang cuba cari kat Traveloka for get great discounts on Hotel Sentral Melaka yang gempak. So, korang boleh bercuti dengan berbaloi-baloi. Yup! Ai pun cari hotel di Traveloka. Yelaa dunia kan makin canggih, nak book hotel pun boleh klik-klik di hujung jari je.






Panjang lebar ai menulis. Kebas hujung jari ai. Ececeh, padahal seronok nak kongsi cerita. Hehehe! Apa-apa pun, Melaka masih lagi port percutian yang best untuk kita semua. Ai suggest pada yang planning nak bercuti, korang pergi lah bercuti ke Melaka. Untuk short trip, sangat terbaik!


P/s: Ai dan encik husband planning 2018 nak tour Malaysia! Insyaallah..

22 comments:

  1. Replies
    1. Pergi lah plan bercuti. Melaka best!

      Delete
  2. seronok Melaka tapi lama da x pegi. last time study dulu rasanya dengan kawan2. tu first trip backpacking hehe.. menarik and the food is great too. boleh la nak plan terjah Melaka lagi. btw dulu time sek pun CT mmg tak dapat kelonggaran keluar langsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu macam tak best tak keluar. Sekarang macam malas keluar kan?

      Delete
  3. Sesekali duduk hotel syok tau.... rasa tenang je...

    ReplyDelete
  4. okee orang melaka ni pun baru tahu pasal hotel ni, maklumlaa kalau balik melaka tu dok kampung aje.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh orang melaka juga ye.. sep sikit..

      Delete
  5. Selalu pi Melaka tp x pernah bermalam kat sana sebab dekan ngan Seremban kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali tu bermalam lah kat Melaka.. Hehehe..

      Delete
  6. wah blh try la nti ..tq review ;-)

    ReplyDelete
  7. Ini kena try cube ni next trip ke Melaka... thanks share ;) Salam dari Kota Bharu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow jauh.. Kalau dah try nanti boleh lah review juga.. hehehe

      Delete
  8. Ada pool ke? Wah menarik ni

    ReplyDelete
  9. hihi, sama la, kampung melaka tapi xpernah dapat explore betul2 melaka tu. sekarang family mak dah pindah melaka pun still jgk xdapat masa nk explore. balik kg nk duduk hotel mesti mak tak bagi dah sekarang, haha :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe.. boleh planning satu family.. cuti-cuti malaysia kat melaka.. bodek-bodek sikit.. hehehe

      Delete
  10. pool tu dah jadi tarikan hahaha...rasa nak terjun saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. kat rumah sendiri tak ada pool.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D

Copyright © 2015 AISYA ISMAIL - All Rights Reserved - Template by Aisya Ismail