ABOUT ME FASHION REVIEW TIPS TUTORIAL AI SHOP RESIPI DISCLAIMER

Saturday, 8 July 2017

KECIL-KECIL CILI PADI RUPANYA

Assalamualaikum and hye readers~


Ingat tak ai pernah cerita dalam entri sebelum ni yang ai nak beli iron untuk bawa balik kampung? Ai ingatkan ai je yang beriya nak bawa iron, rupa-rupanya kakak ai pun ada niat yang sama. Macam ai juga, beli baru ok. Siap offer ai guna iron dia.


Masa dia offer ai guna iron dia tu, ai tak berminat. Sebab iron dia jenis steamer yang kena refill air banyak kali tu. Dapat pula dia guna yang tank air kecik je tu. Confirm lah berpuluh kali ai nak kena refill kan. 





Nak dijadikan cerita, pagi tu ai terbangun lambat sikit. Baju belum iron! Kakak ai baru siap iron baju dia. Memikirkan kemalasan nak buka iron board and panaskan iron, ai terus je guna iron kakak ai tu. Guess what? Smooth je perjalanan ai menggosok baju tau! Tarik sekali dua je hilang kedutan pada baju.. Kecil-kecil cili padi tau.


Terus ai decided time tu nak beli iron yang sama. Ai terkejut kali yang kedua bila kakak ai bagitahu harganya. Laa tak de lah mahal pun. Dekat Lazada juga. Kalau tahu awal-awal ai dah beli iron yang sama.


Lepas tu terus ai jenguk-jenguk kat Lazada and beli iron yang sama. Kebetulan pula ai baru dapat voucher Lazada rm10 dari Celcom. Thank you Celcom! Hehehe! Sekarang ai tengah tunggu iron tu sampai je.


Haa senang lah sikit ai nak iron baju lepas ni. Tak payah lagi nak berdiri lama-lama untuk iron baju. Kalau korang nak juga iron yang sama, klik kat gambar di bawah ni. Berbaloi-baloi.






Tapi siapa yang biasa shopping di Lazada mesti tau ada banyak harga yang berbeza-beza untuk barangan yang sama. Memilih lah dengan bijak. Ai akan pilih yang tak murah sangat dan tak mahal sangat. Yang penting free delivery. 😝

8 comments:

  1. Baru semalam CCL tengah research2 irom steamer ni dalam lazada& shoppe..

    ReplyDelete
  2. iron steamer ni memang best.. senang pakai kan..

    ReplyDelete
  3. comel macam jug air pun ada XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. sebab tu mula-mula tak confident nak guna..

      Delete
  4. Comelnyaaa tapi tak pernah guna iron steamer

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah.. senang nak iron baju nanti..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D

Copyright © 2015 AISYA ISMAIL - All Rights Reserved - Template by Aisya Ismail