ABOUT ME FASHION REVIEW TIPS TUTORIAL AI SHOP RESIPI DISCLAIMER

Tuesday, 11 July 2017

JATUH CINTA DENGAN MARY KAY

Assalamualaikum and hye readers~


Jangan tipu tak tahu apa itu Mary Kay. Terutama sekali golongan wanita. Untuk yang memang betul-betul tak tahu tu, ni ai bagitahu. Mary Kay adalah produk kecantikan yang sangat best.




Ai mula menggunakan Mary Kay since tiga bulan lepas. Niat tu dah lama, tapi Mary Kay ni mahal and kalau beli dalam set lagi lah mahal kan.


Awal tahun aritu ai ada pergi bercuti di Primaland Resort, Port Dickson. And ai mandi kolam tak ingat dunia tau. Esok nya pula continue berpanas di pantai. Hasilnya, kulit ai menggelupas teruk.


Pada mulanya ai just pakai pencuci muka biasa yang ai gunakan. Pencuci muka tu memang best. Tapi ai tak sure kenapa dia tak boleh merawat kulit ai yang menggelupas teruk tu. Ai cuba produk lain but still sama. Sampai lah ai decided untuk menggunakan produk Mary Kay. Dah alang-alang nak guna macam-macam produk, apa salahnya cuba yang mahal terus kan.


Ai beli pencuci muka je tau. Dah nekad habis dah tu. Alhamdulillah, kulit menggelupas ai semakin hari semakin elok. Sehingga sekarang, ai masih menggunakan tiub petama yang ai beli.


Bila dah elok kat muka, ai terus decided untuk beli one set terus. Tak apa lah mahal sikit. Tapi boleh bertahan berbulan-bulan kan. So, sama je lah macam ai beli pencuci muka biasa. Cuma tak perlu beli setiap bulan je. Hehehe! Dah alang-alang kulit ai pun dah ok, ai terus sign up as member.


Sebenarnya ai pun tak sure kenapa ai sign up as member. Ai ni jenis berat mulut dan tak pandai nak menjual barang. Lebih kepada teruja dengan perubahan kulit mungkin. So far dah seminggu ai menggunakan full set Botanical Effects and CC cream Mary Kay. Result nya mesti lah tidak mengecewakan.


Kalau ada readers yang nak juga menggunakan produk Mary Kay, jangan segan jangan silu untuk pm ai. Boleh klik gambar di bawah. 💋



5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sama la kita..hihi. Baru juga guna nak masuk 3 bulan. Ari tu dah pernah blogwalking sini, tapi x perasan yang Aisya pun guna MK...hihi. Salam kenal dari:

    https://thebeautyofsplendid.blogspot.my/p/mary-kay.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru lagi join Mary Kay.. Tapi guna dah masuk 4 bulan.

      Delete
    2. oh aisya dah join ke? Sy jadi pengguna aje dulu, sbb boleh beli dengan adik je...dia join....hehehe.

      Delete
    3. haah sebab bagus. so join je laa.. mana tau boleh buat income..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D

Copyright © 2015 AISYA ISMAIL - All Rights Reserved - Template by Aisya Ismail