ABOUT ME FASHION REVIEW TIPS TUTORIAL AI SHOP RESIPI DISCLAIMER

Sunday, 30 July 2017

CILI KISAR SEJARAH MUNGKIN BERULANG

Assalamualaikum and hye readers~

Haa?! Seriously cili kisar pun nak kena update step by step? Hahaha! Mesti ada yang cakap macam tu kan? Ok lah ai tau korang terror dah memasak! Setakat entri cili kisar, sebelah mata je korang pandang. Hahaha! 

Tak kisah lah. Entri ni ai update untuk gadis-gadis atau jejaka-jejaka yang baru nak berjinak-jinak di dapur. Jangan tak percaya, ada juga carian cara membuat cili kisar di Google tau. Kalau tak percaya, pergi Google sekarang juga.

Ok jom ai ajarkan cara-cara membuat cili kisar atau cili boh versi ai ni.





Bahan-bahan ( kuantiti bergantung pada keperluan anda )

- Cili kering 
- Belacan Melaka
- Bawang besar 
- Bawang putih
- Air


Cara-cara membuat cili kisar

1- Mula-mula potong cili kering dalam 1 1/2 inci.
2- Cuci cili kering. Cili kering di kedai memang berhabuk.
3- Rebuskan cili kering. Air melebihi paras cili. Bila dah mendidih tu, balik-balikkan cili. Pastikan semua cili masak. Selepas tu boleh lah tutup api dan biarkan cili sejuk seketika.




4- Tapiskan cili yang siap direbus dan balik-balikkan sikit supaya bijinya tidak terlalu banyak.
5- Masukkan cili ke dalam blender separas 1/2 atau 3/4 blender.
6- Masukkan seulas bawang besar, 2 ulas bawang putih dan 1/4 belacan melaka.
7- Masukkan air separuh dari bahan yang berada di dalam blender.
8- Blend lah cili sehingga lumat. Kalau blender taknak blend, tambah sedikit demi sedikit air.


Dah siap pun cili kisar korang. Belacan Melaka tu tak wajib pun. Korang boleh guna belacan apa sekalipun. Tapi bagi ai, belacan Melaka is the best. Sebab tu mak ai gunakan belacan Melaka since ai kecik-kecik lagi walaupun kami tak duduk di Melaka. Hehehe!

Oh ye, ai ada jual belacan Melaka ni. Kalau korang ada rasa-rasa nak merasa, bolehlah order dari ai. Email je ai di aisyaismail88@gmail.com. Nak tester je dulu pun boleh. 😆



P/S : Cili kering yang menggerutu kurang pedas berbanding cili kering yang lurus.

8 comments:

  1. mwahahahha.. ni post yang kelakar XD takpa sebab tak semua org tau O.O

    dulu pun taktau huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Betul. Ai pun dulu tak tahu.

      Delete
  2. Bagus buat sendiri, terjamin kebersihannya kan...

    ReplyDelete
  3. WoW! ini rare.
    Kalau Mrs. A lepas bersihkan tendam sekejap terus je blend

    ReplyDelete
  4. Kalau nak cili kisar tahan lama blend dengan minyak masak ai

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke? Ai ingat minyak masak untuk bagi biji cili hancur je.. thanks for info mama..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D

Copyright © 2015 AISYA ISMAIL - All Rights Reserved - Template by Aisya Ismail