ABOUT ME FASHION REVIEW TIPS TUTORIAL AI SHOP RESIPI DISCLAIMER

Monday, 17 July 2017

CERMIN AJAIB

Assalamualaikum and hye readers~


'Magic mirror on the wall,who is the beauty in the land?'


Eh eh eh! Tak ada pun nak cerita pasal Snow White ke, Maleficent ke atau Disney Adventure. Semua bukan. Tapi ai tertanya-tanya, ada ke perempuan yang tak sukakan cermin? Hurmmm.. 

Susah nak jawab. Maybe adalah kot segelintir gadis-gadis yang bila bersiap je terus maintain sampai ke petang. Itu pun mesti akan menoleh ke arah cermin bila terserempak dengan cermin. Kan? Haipp! Jangan tak ngaku ea..

Sama lah macam ai. Ai ni gadis-gadis yang pantang nampak cermin. Tapi bukan sebab nak melawa 24 jam. Tak! Tapi setiap kali nampak cermin mesti tertoleh. Automatik ok. Bukan dirancang pun. Hah bila tertoleh tu, mesti terperasan tudung dah kemek lah, ada sos melekat kat tudung lah tak pon baju dah senget sebelah. Kalau kat rumah tu, tiba-tiba terperasan rambut dah jadi hantu kak limah. Mesti lah ai akan stop untuk betulkan dulu kan. 

Ishkk! Ishkk! Ishkk! Padahal kalau duduk kat office tu dah habis control cun tau. Still juga happen. Maybe sebab angin? Tapi office ai tak pula buka tinggap. Mengaku je lah suka tido kepala letak atas meja. Hahahah jk jk.

Selepas filem Beauty and The Beast ditayangkan di Malaysia, ai sebagai peminat setia Belle since kecik-kecik dulu, of course lah ai tengok kan cerita tu. Tak lama lepas tu ai ternampak cermin yang akan-akan cermin ajaib yang Belle dapat tu. Guess what? Ai beli ok. Walaupun tak sama, lebih kurang pun ok lah.


Belakang cermin tu ada bunga ros. Hikss~

Since ada cermin tu, ai dah jadi minah cermin pula. Haiskkk. What to do. Ai memang bawa ke mana sahaja cermin tu. Rasa pelik sikit je kat tudung, terus keluarkan cermin. Rasa make up tak kena je, terus keluarkan cermin. Sikit-sikit cermin. Sampai encik husband pun dah panggil cermin tu cermin ajaib. Mana tak nya, ai tak boleh teringat, mesti keluarkan cermin tu. Hahahah! Over!

Tapi, baru-baru ni ai dapat cermin daripada Mary Kay. Cermin ni berat sikit. So ai tinggalkan kat office je. Letak atas meja. Puas hati!

8 comments:

  1. Syok ada cermin boleh stand alone dan lipat masuk beg. Saiz tu penting juga boleh nampak seluruh muka..Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul tu. Sebab tu dua-dua cermin tu favorite ai..

      Delete
  2. cermin tu penting..bkn nak tengok wajah je..tengok.gigi juga takut ada cili ke

    ReplyDelete
  3. hahaha! betul-betul.. semua yang tak boleh tengok melalui jelingan mata..

    ReplyDelete
  4. Hehehe...kadang cermin tade, on mode selfie kat handphone. Tapi dah nak masuk 4 series ni. Macam tak heran sangat dah nak tengok cermin sokmo. Tu yang kadang ada cili ke makanan lain melekat celah gigi. HAHAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! amboi jangan lah macam tu.. kena juga jaga sikit-sikit.. hehehe!

      Delete
  5. sama le. aida ni perempuan yg normal.
    pantang tgk cermin, tak byk, skit pasti nak toleh and tgk ha haha ha :)
    now menjangkit dah dgn anak-anak dara aida tau, aisya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa anak-anak ni memang suka menikut apa yang parents dia buat kan.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D

Copyright © 2015 AISYA ISMAIL - All Rights Reserved - Template by Aisya Ismail