BALAS KOMEN TU PENTING TAU! - Aisya Ismail

Wednesday, 19 July 2017

BALAS KOMEN TU PENTING TAU!

Assalamualaikum and hye readers~

Ada teman pernah kata, rajinnya ai reply komen-komen di blog, instagram, facebook, twitter mahupun email. Yup! Memang ai rajin. Untuk menjaga silaturrahim katakan.. Hehehe!




Apa korang rasa, bila komen korang tak berbalas? Lebih-lebih lagi kalau korang bertanyakan sesuatu yang memerlukan jawapan. Pemilik account sosial media tu baca, tapi dia tak reply. Paling related, kalau korang send whatsapp, dah bluetick tapi no responed. Mesti sakit hati kan? Macam tu juga lah yang ai rasa bila komen ai ignored by person yang ai komen tu.

Sebab tu lah ai rajin reply komen-komen. Lagipun berapa kerat sangatlah komen yang ai dapat kan. Hehehe! So, tak menyusahkan diri sendiri pun untuk reply. Melainkan ai tak perasan komen tu. Ataupun ai rasa komen tu terlalu sensitif untuk ai jawab. Tak pun double komen dari dua pembaca yang berlainan, ai akan reply salah satu yang ai nampak dahulu. Chatbox? Yup ai jarang reply sebab ai akan terus pergi tinggalkan jejak dekat blog sesiapa yang tegur ai.

Yang ai tak tinggalkan jejak tu, ampun maaf dipinta yee..

Kenapa busy mesti dijadikan alasan? Lain lah artis, nak kena reply komen beratus-ratus. Kadang tu sampai beribu-ribu lemon. Komen pula kadang-kadang tak membina, asyik nak menghentam je. Komen-komen macam tu, tak perlu dilayan ye. Yang mana perlu tu reply lah. Penat reply, stop.

Tapi ai perasan, terutamanya blogger, susah nak reply komen. Why?? Adakah sebab pengomen tak femes? Cuba kalau orang femes yang komen, siap print screen update entri lagi tu. Hahaha! Siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya.

Okok ai bukan nak hentam atau mengutuk sesiapa. Cuma ai selalu perasan perkara ni bila ai blogwalking. Kadang-kadang tu, kalau ai komen bertanya sesuatu pun tiada jawapan. Berhari-hari ai asyik view komen ai tunggu jawapan. Hehehe! Tapi entri orang tu updated. Komen tak reply! Why?


24 comments:

  1. alolo.. yup setuju !!! kena reply komenla jgk.. so please reply komen i.. haha

    ReplyDelete
  2. Memang ada orang camtu kan. Macam bagus sangatlah tu..kita komen bula sempat juga. Kalau tak sempat esok2nya balas juga..kadang2 teknikal problem la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. teknikal problem tu case lain.. dimaafkan.. heheh

      Delete
    2. biasa nyer aida akan balas kemudian. bukan on the dot.
      akan paksa diri reply komen :)

      Delete
    3. takpe.. as long as reply.. baru orang ada mood nak tinggalkan jejak lagi..

      Delete
  3. sangat setuju dgn statmnt tuan tanah...
    kita rasa dihargai blogger owner reply our comments...atleats letak emoji pun dah good enuff..

    ReplyDelete
  4. setuju! because replying comment(s) is important to having some communication with our readers ... balas komen tu sangat penting! sorry for the wrong grammar XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you sebab memahami.. pasal grammar tu, as long as kite berdua faham dah sangat bagus tu.

      Delete
  5. hi aisya. aida dtg terjah. blogwalking. and terjumpa blog aisya ni.
    aida pun akan amik masa tuk reply semua komen.
    samada tukang komen tu baca balik ke tak, tak penting.
    yg penting owner blog, aida la tu, kena baca & reply :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. thank you aida blogwalking sini.. nanti ai blogwalking kat blog aida..

      Delete
  6. hahaha elsa mengaku elsa jarang reply komen pengomen di blog elsa huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe lepas ni rajin-rajin lah.. hehehe!

      Delete
  7. Saya bukan nak ulas pasal menjawab komen. Nak Ulas tentang komen sikit.

    Ada pengomen pun bagus jugak sebab ada orang view blog kita. Itu boleh meningkatkan rating blog. Melalui komen jugak kita boleh tau mentaliti dia. Kita Dah tak payah lagi pergi baca tulisan dia sebab dah tau dia macam mana.

    Komen pembaca samada menafaat atau tidak saa tetap balas. Kesian tengok dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. umpama tetamu datang rumah lah.. dia bagi salam of cos kita jawab kan.. huhuhu!

      Delete
  8. Hehehe..I selalu pegi balik ke Blog orang tuh. Komen kat situ pulak. Aci tak cenggituh? hehehe ...peace yawww!!!

    ReplyDelete
  9. iye aisha...dari komen la kita dapat kenal satu sama lain kan....bagus sangat berinteraksi dengan pengomen ni...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul dari komen pon boleh jadi rapat tau..

      Delete
  10. memang perlu sbnrnye balas komen ni.. tp kengkadang x sempat nk balas satu2.. kekangan masa.. nk update blog pun curi2 masa.. adehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelaa.. but at least reply yang penting2 kan..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D