ABOUT ME FASHION REVIEW TIPS TUTORIAL AI SHOP RESIPI DISCLAIMER

Wednesday, 7 June 2017

WHATSAPP WEB

Assalamualaikum and hye readers~


Korang tau tak yang aplikasi whatsapp telah dibeli oleh facebook? Bila? Setahu ai beberapa tahun lepas. Korang mesti tau kan bahawa aplikasi whatsapp adalah aplikasi messege untuk telefon pintar. Zaman serba canggih dan semakin banyak aplikasi seumpamanya muncul bagaikan cendawan tumbuh, aplikasi whatsapp tidak ketinggalan untuk sentiasa menaik taraf servis nya. Ada sahaja pembaruan yang dibuat oleh aplikasi tersebut.



Ai percaya ramai yang tidak tahu apa itu "WhatsApp Web". Whatsapp web adalah aplikasi whatsapp yang berfungsi di PC / komputer. Ada orang yang rasa tidak perlu pun aplikasi ni di pc dan lagi senang guna di telefon. Tapi bagi ai yang bekerja kewajipan menggunakan pc, whatsapp web sangat membantu. Yelaa ai memang akan silent telefon di tempat kerja. Lepas tu  messege masuk ai tak perasan. Kadang-kadang penting, kadang-kadang dari supplier, dan pernah juga terjadi boss ai yang messege tapi ai tak perasan. Hehehe..


Dah rasa macam nak guna aplikasi whatsapp web ni tak? Meyh ai tunjuk cara-caranya.. Check it out..


1- Korang klik dekat link ni whatsapp web. Korang akan dapat macam kat bawah ni.

2- Open aplikasi whatsapp di telefon pintar anda. Klik pada menu  belah atas sudut kanan. Tapi lain telefon lain tempat letaknya. Klik dan cari whatsapp web.





3- Lepas keluar scan code tu, korang boleh lah scan QR code yang tertera pada pc korang.




4- Dah boleh tunggu sampai whatsapp chat korang keluar kat pc. Lepas tu boleh lah gunakan whatsapp web korang.


Mudah kan? Whatsapp web ni bergantung pada whatsapp korang di telefon bimbit. Kalau tiada line internet di telefon bimbit maka tiada lah line di whatsapp web. Begitu juga dengan bateri. Jika tiada bateri di telefon bimbit maka tiada juga lah whatsapp web di pc. 


Ok sampai di sini sahaja entri kali ni. Selamat mencuba dan sehingga bertemu lagi. 

Assalamualaikum~

4 comments:

  1. yup.. seriously sya pun slalu guna whatsapp web.. bila on pc xpayah belek2 fon lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. nampak macam don't care kat hp kan.. hihihi

      Delete
  2. kalau nak amik gambar daripada whatsapp. ini juga salah satu cara. sebab saya biasa buat

    helloaiman

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D

Copyright © 2015 AISYA ISMAIL - All Rights Reserved - Template by Aisya Ismail