ABOUT ME FASHION REVIEW TIPS TUTORIAL AI SHOP RESIPI DISCLAIMER

Monday, 19 June 2017

RENDANG AYAM KAU KUNCI CINTAKU DALAM HATIMU

Assalamualaikum and hye readers~


Lagi beberapa hari je nak beraya kan. Entah kenapa nervous je rasa. Maybe first time beraya berjauhan ari mak dan baba.


Huhuhu.. Macam mana lah cara beraya kat tempat lain kan. Yelaa yelaa, raya tu sama je.. Tapi kan feel dia mungkin tak sama. Berpuluh tahun dah biasa dengan cara sendiri, tahun ni berubah. Tapi nak tak nak kena lah accept kan. Takkan lah every year nak beraya rumah sendiri je. Kecik hati mak mertua tu.


Korang yang join ai #teamfirsttimerayarumahmertua tu dah ready ke nak menjalani pembaharuan? Ke nervous juga macam ai? Hahaha.



Masa awal-awal puasa hari tu mother in law ai ada request nak ai masak rendang untuk raya ni. WHAT? SERIOUSLY?!! Seumur hidup ai tau makan rendang je. Anyam ketupat tahu lah. Dalam kepala ni dah fikir nak jumpa pak cik G je. Semua benda dia tahu kan. Siapa pak cik G? Semestinya lah Pak Cik Google.


Bila ai cerita kat mak, mak terus cakap bila nak masak tu call je, mak bagi resipi. Haa ok juga kan. Sebab rendang mak best.. Nyum nyum nyum. Masa balik rumah mak aritu pun, mak siap bekalkan serai, daun limau purut, daun kunyit dan kerisik. Mak cakap tak payah beli dah. Jimat. How sweettt 💗 Sayang mak banyak sangat tau 💖💖💖


Kebetulan Sabtu lepas mother in law ai ada jemputan berbuka di luar. Ai dah diamanahkan untuk masak juadah berbuka puasa hari tu. Ok lah no problem. Untuk empat orang makan je pun. Apa ada hal. So ai minta idea encik husband, nak masak apa ni. Guess what? Encik husband request RENDANG! Puas suggest menu lain. Encik husband tetap nak juga rendang ayam macam mak mask. Siap request kuah lebih. Terus call mak minta resipi.


Hasil nya.... Tadaaaaaa...



Amacam?? Nampak delicious tak? Jangan tanya mana ayam, sebab ayam dah tertimbus sebab kuah yang delicious tu banyak sangat.


Untuk yang tercari-cari resepi rendang tu, meh ai kongsikan resipi rendang ayam kau kunci cintaku dalam hatimu ni. Lepas ni tinggal cari bahan dan masak je.



Bahan-bahan
  • 6-7 ketul ayam (4 orang makan)
  • 4 sudu makan cili kisar. Penuh-penuh tau. Biat membukit.
  • 5-6 batang serai.
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 300g santan
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
  • 1-2 keping asam keping (depends size)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak





Cara-cara
  1. Kisar serai, halia, lengkuas, bawang putih dan bawang merah. 
  2. Panaskan minyak masak.
  3. Gorengkan cili kisar.
  4. Apabila separuh garing, masukkan bahan kisar dan kacau. 
  5. Masukkan sedikit kunyit dan kacau rata.
  6. Masukkan ayam dan gaulkan.
  7. Masukkan santan. Kalau korang perasan, dekat bekas santan tu ada saki baki santan kan? Masukkan sedikit air dan tuang ke dalam kuali. Kacau rata. Jangan bagi santan berketul.
  8. Masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Pastikan batang di tengah daun telah dibuang. Batang tu boleh merubah rasa masakkan.
  9. Masukkan Asam keping. 
  10. Tunggu mendidih. Siap!

Senang tak? Nampak je susah. Tapi bila da cuba sekali, oh senang je rupanya. Korang boleh cuba sendiri. Selamat berjaya. 😏

9 comments:

  1. hahahaha nama market habis tuu :D

    ReplyDelete
  2. haha nampak sedapppp. nama pun sedap. ❤

    ReplyDelete
  3. mesti sedap macam nama dia jugak.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm sedap.. cuba lah resepi tu..

      Delete
  4. nampak sedap sangat rendang ayam tue..nak try buatlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. serious sedap.. boleh kemurungan kalau tak dapat hari raya pertama..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D

Copyright © 2015 AISYA ISMAIL - All Rights Reserved - Template by Aisya Ismail