DRIVING LICENSE UNTUK DIJERUKKAN - Aisya Ismail

Monday, 19 June 2017

DRIVING LICENSE UNTUK DIJERUKKAN

Assalamualaikum and hye readers~


Sudah hampir dua tahun ai dapat lesen kereta. Full license ye.. Bukan P lagi. Dah nak kena renew pun october ni.


Tapi masalah nya, sampai sekarang ai masih tak boleh drive. Kalau sikit-sikit tu boleh lah. Tapi nak keluar ke jalan raya? Tiba-tiba kaki keras je. Nervous dia macam nak pergi berperang tau tak?



Encik husband bukannya tak tolong ajar. Ada! Tapi kan, bila dia mengajar, garang dia mengalahkan sarjan misai tau. Air muka tu terus berubah. Ai pula cengeng. Sepanjang sesi pembelajaran menangis je keje. Kalau tak menangis, bergaduh. Menangis pun bergaduh.


Akhirnya, lesen ai pun jadi jeruk!


Korang ada tak tips atau kata-kata perangsang supaya ai boleh memberanikan diri untuk drive? Susah bila tak boleh drive ni. Ai memang tak ada masalah untuk pergi balik kerja. Sebab encik husband yang baik hati tu sanggup amik dan hantar ai pergi balik kerja. I love you encik husband! Tapi kan, macam mana bila emergency nanti? Kot nak masak garam habis ke, husband tak sihat ke.


Benda-benda tak elok tu minta dijauhkan. Tapi kalau nak jadi kita tak boleh halang.


Korang ada tak masalah yang sama? Apa yang korang buat? Share lah tips.




4 comments:

  1. dulu saya pun lama jugak duk peram driving license..even mula2 kerja pun still tak drive sendiri lagi sebab tak berani lagi..abah tolong hantarkan..after few months, kena jugaklah drive sendiri..kesian pulak kat abah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi tips please.. ai sampai sekarang x berani..

      Delete
  2. Kena nekad.. Belajar drive dekat tempat lapang yang tak sibuk. Kalau tak boleh belajar dengan husband, cuba minta orang lain tolong teman. Kadang kita selagi tak terpaksa, memang susah nak buat. Kena cuba biasakan okay. Good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you! tengah kuatkan semangat nak belajar balik ni..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D