ABOUT ME FASHION REVIEW TIPS TUTORIAL AI SHOP RESIPI DISCLAIMER

Monday, 15 May 2017

TRIP KE KUCHING

Assalamualaikum readers~


Ai baru je balik dari bercuti di Kuching, Kundasang dan Kota Kinabalu. Penat pun belum habis lagi ni. Percutian kali ni kira honeymoon + bersantai-santai dengan kawan-kawan. Honeymoon sangat tau.. Hahahah.. So hari ni ai nak kongsikan pengalaman sepanjang percutian selama 8 hari tu. 8 hari?? Cuti sakan kan?? Well therapy diri.. Duit pun boleh tahan habis. Depends lah juga macam mana korang nak berbelanja di sana. Sebelum tu ai nak bagitau, gambar-gambar yang ai display dalam entry kali ni ada yang memang ai sendiri amik dan ada yang ai google. Sejak ada insta story ni memang da jarang ami gambar. Hehehe.. Ok jom baca kisah perjalanan ai dan kawan-kawan.
Gambar hasil carian di google



4 MAY 2017

Ai bertolak ke KLIA2 pada pukul 10.30 camtu. Sampai kat airport lepak-lepak kat McD sambil tunggu kawan-kawan ai.  Dalam pukul 1.30p.m flight kami bertolak dari KLIA2 ke Kuching. Kalau KLIA2 of course lah kami naik air asia kan. Kalau korang ada plan nak order makan dalam flight air asia, boleh lah cuba roasted chicken dia. Sedap sangat.. Full of cheese. Tapi ai makan masa dah kat Kuching. Percaya atau tak, ni first time ai naik flight, tak tau nak cerita macam mana perasaan cuak tu. Sebab tu tak makan, takut keluar semua makanan nanti.


Sampai di Kuching, dalam pukul 3 macam tu. Kereta sewa da tunggu. Lepas amik beg, borak-borak sikit ngan owner kereta, kami terus pergi ke hotel. Hotel bajet je.. Tapi ai suka, sebab hotel ni konsep dia macam duduk dalam rumah. So bersih. And the best part, toilet dalam bilik. Hehehe.. Ok lah kan.. Kalau korang nak tau details boleh check it out kat My Place Hotel & Lodge Kuching.









Gambar hasil carian di google

Lepas dah letak beg and rehat-rehat, mandi-mandi semua, kami keluar cari makan malam. Malam tu kami makan di food court tepi sungai. Tak ingat nama tempat dia. Tapi laksa sarawak dia terbaik. Tu lah first time ai makan laksa sarawak. Tak mengecewakan langsung. Lepas da makan-makan tu, kami pusing-pusing kat area Riverfront. Kat situ kalau nak beli souvenirs pun murah-murah. Hehehe..


5 MAY 2017

Hari kedua di Kuching, kami mulakan dengan breakfast di kopi o corner. Ai makan roti kosong dengan milo panas. Buat syarat je. Sebab ai jenis tak makan pagi, kalau makan perut confirm terkejut. 



ni menu husband.. sedap.. thumbs up..


Ok lepas breakfast, kami terus menuju ke Sarawak Cultural Village. SCV ni ada entrance fee. RM60 if tak silap. Tapi kat dalam tu nanti ada beberapa check point and korang akan dapat gifts tau. Hehehe.. Apa ada kat sini? Of course lah tentang adat budaya suku kaum yang ada di Sarawak. Jom kita tengok satu persatu.
1. Rumah Bidayuh


Gambar hasil carian di google

Ni rumah first yang kami masuk. Dalam ni kami disajikan dengan "Welcoming Dance". Dalam tu juga ada menjual cenderahati menggunakan bamboo, kulit kayu dan tempurung kelapa.
2. Rumah Iban






Gambar hasil carian di google

Dalam rumah Iban ni, kami tengok mereka buat beadswork. Ada juga dijual kuih tradisional lepat ubi kalau tak silap.
3. Rumah Penan
Gambar hasil carian di google

Dalam rumah penan ni masa kami sampai tak ada sesiapa pun. Tak macam rumah-rumah lain. Maybe sebab dia kecil kot.
4.Rumah Orang Ulu




Gambar hasil carian di google

Rumah ni tinggi tau. Tangga dia pun kecik molek je. Jaga-jaga nak naik tu. Kat sini pun ada tempat sword maker tau. Tapi dia kat bahagian bawah. 
Gambar hasil carian di google

Kat sini boleh buat non permanent tattoo. Kisah lucu yang terjadi pada kawan ai, ingat nak lukis tattoo rm5, sekali terpilih gambar tattoo rm30. Walaupun kesian, tapi tu salah satu funny moment yang ai ingat sampai sekarang. Hahaha.
5. Rumah Melanau




Gambar hasil carian di google

Rumah ni pun tinggi juga. Ai tak ingat sangat apa ada dalam rumah ni. Maybe sebab penat naik tangga tinggi sangat, terus lupa apa dalam dia. Kalau tak silap lempeng sagu sedap gila ai beli dalam rumah ni. Sagu fresh ye. Harga lempeng rm5 sekeping.
6. Rumah Melayu






Gambar hasil carian di google

Rumah melayu memang rumah melayu lah. Diperbuat daripada kayu, di bawah rumah ada buaian kayu dan segala perabotnya berunsurkan melayu lama yang sangat unik. Nampak tak congkak tu? Boleh main ye. Bukan sekadar perhiasan. Dalam rumah ni ada jual kuih baulu perisa original dan coklat. Dimasak guna arang ye. Ai beli perisa coklat. Sedap dan rangup. Selain tu ada juga dijual kuih kapit.
7. Rumah Cina




Gambar hasil carian di google

Dalam rumah cina ni ada juga jual kuih tradisional. Tak ingat nama dia. Selain tu ada pemprosesan sarang burung dan barangan pepper. Alaaa lada hitam dan lada putih. Nanti ai akan buat entri tentang proses lada putih dan lada hitam.

Sebelum ke rumah melayu dan cina, kami tengok cultural show dulu di grand entrance. Cultural Show ni menampilkan tarian-tarian budaya negeri sarawak. Abang sumpit paling famous ok..

Ok, setelah habis pusing-pusing kat dalam tu, kami pergi cuci mata kat pantai berhadapan dengan SCV. Tapi ai tak sure nama pantai tu. View dia superb ok.. Puas cuci mata, kami lunch pula di Teh Tarik Cafe. Kat sini ai order rojak ayam. Sangat-sangat mengecewakan. Maybe tu sarawak style but tak kena dengan tekak ni. But mee kolok dia ok.. Sedap. After that kami pergi ke Riverfront untuk menaiki bot ke Mira Kek Lapis. Untuk ke mira kek lapis, kami kena menyeberangi sungai dengan menaiki bot rm 1 sehala. Air sungai deras. Rasa macam nak terbalik bot tu tau. Keras kejung ai dalam tu. Di situ apa lagi yang boleh kami buat selain dari shopping kek lapis kan. Malam tu kami makan di Top Spot Food Court. Wajib pergi ok.. Sedap!! Price pun not bad. Puas hati sangat. And one more thing, mesti cuba sayur midin. Nyum nyum..


6 MAY 2017

Hari kami dimulai dengan breakfast maggie dan milo panas instant di hotel. Setelah breakfast kami menuju ke semenggoh orang utan and of course untuk tengok orang utan. Entrance fee rm5. Dalam ni ada 28 ekor orang utan. Kami nak tengok orang utan gengster, Richie. Tapi tak ada rezeki pula. Dia taknak keluar. Ada lah dalam 5 6 ekor orang hutan je kami tengok. Selesai tengok orang utan, kami ke Jong's Crocodile Farm and Zoo. Entrance fee rm22. Banyak sangat buaya dalam tu, dari kecik sampai ke besar. Dalam tu ada jambatan yang nampak rapuh, tawakal je jalan bawah dia ada buaya besar. Kami terlepas show kat situ. Buaya lomapat untuk dapatkan makanan. Wow tak buaya boleh lompat?


Selesai tengok buaya, kami pergi makan di sepinang sari cafe & restaurant. Plan asal nya nak makan di mee kolok pak amit, tapi tak jumpa. Pusing punya pusing terjumpa kedai ni. Dah nak tutup pun sebab makanan habis. Tu tandanya sedap kan? Memang sedap pun. The best mee kolok in Sarawak rasanya. 
Gambar hasil carian di google

Nampak tak, kedai biasa-biasa, tapi rasa dia thumbs up! Settle makan, kami pergi ke pasar satok pula. Kat sana ai beli ikan terubuk masin, mee kolok dan pes laksa sarawak. Mee kolok tu ai dah masak. Not bad. Selepas dah puas shopping kat Pasar Satok kami pergi ke rumah pakcik kepada salah seorang kawan ai dan selepas tu sekali lagi kami berjumpa dengan pakcik kepada kawan kami yang lain. Setelah pulang semula ke otel kami siap-siap dan keluar semula pergi dobi dalam pukul 1.30 pagi. Balik je bilik terus berehat dan bersiap-siap untuk bertolak ke Kundasang.


Sampai di sini sahaja entri ai. Next entri ai akan ceritakan pengalaman ai sepanjang berada di Kundasang. Harap pembaca sekalian tak bosan dengan entri ini. =)

No comments:

Post a Comment

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D

Copyright © 2015 AISYA ISMAIL - All Rights Reserved - Template by Aisya Ismail