ABOUT ME FASHION REVIEW TIPS TUTORIAL AI SHOP RESIPI DISCLAIMER

Monday, 24 August 2015

INSTAGRAM REVIEW

Assalamualaikum~

Majoriti manusia yang ada smartphone di dunia ni mesti ada instagram betul tak? Sama ada active atau tak acc tu belakang cerita lah. Instagram adalah social network di mana kita kongsi-kongsi kan gambar kita. Depends juga pada minat seseorang tu. Ada selfie, pemandangan, quote e.t.c.



Gambar hasil carian di google
Ok, sekarang ai nak bercerita pasal instagram review atau nama manjanya ig review. Ai kerap juga online instagram ni walaupun jarang share gambar. Almaklum laa, biasa-biasa je.. Kadang-kadang tu ada juga follow instashop. Niat nak cuci-cuci mata lah kan. Kalau berkenan boleh lah perabiskan duit dengan shopping di alam maya. Tapi yang terjadi selalu sebaliknya.


Haa ni nak cerita. Majoriti instashop yang ai follow, dimulai dengan button following. CLICK! Tunggu instashop approve. Kadang sejam kadang sehari kadang seminggu, ada yang sampai hari ni tak approve. Maybe instashop tu dah tak active atau terlepas pandang. Once dah approve ai akan dapt notification. Ai selalu tak bernasib baik sebab items yang ai nak sold out. Maybe tu petanda baik juga, ai tak perlu lah membazikan duit kan. Ok takpe, ai tunggu update untuk new items.


Masalah yang selalu terjadi pada ai bila........................... Ai ada masa free nak melawat timeline.. scroll punya scroll and scroll lagi, semua ig review. Satu instashop review hampir dua puluh intagram dalam masa yang sama. Bayangkan lah kalau ai follow sepuluh instashop dan lima darinya review pada waktu yang sama. Dan lagi sadis bila intagram yang diorang review adalah benda yang sama. Dah laa intagram kawan-kawan ai terus tenggelam, kena tengok pula review yang sama berulang kali. Seriously bosan follow instashop yang gila review macam ni.. Kesudahannya ai unfollow je.






Ai faham, ada instashop or instafemes ni cari makan dengan cara macam ni. Atau mungkin niat korang baik nak tolong orang atau instashop lain jadi famous macam korang. Tapi beragak-agak laa. Cuba korang schedule kan review tu, dalam sehari lima review je. Lima pun kira banyak tau kalau korang review serentak, so apa kata lepas korang review satu instagram, korang rest sejam dua pastu baru review lagi. Ai tak kisah pun kalau korang nak up product korang banyak-banyak, memang itu pun yang ai nak tengok bila follow korang. Bukan review ye.


Mesti ada instashop yang terbaca akan cakap, "eleh tak effect pon ai sorang unfollow!".. Yup memang tak effect kat korang, tapi effect dia pada ai yang rasa ketenangan bila online instagram. Perasaan tu macam ai tengok lalang depan rumah setinggi ai yang tak berapa nak tinggi ni.. Lepas tu pergi tebas sampai botak. ketenangan yang sama ai dapat bila unfollow instashop or instafemes yang gila review ni.


Ada juga kebaikkan ig review ni. Kadang tu unexpected apa yang kita cari kebetulan direview. Ada juga instagram yang betul-betul menarik minat ai untuk follo. Tapi, macam yang ai katakan, schedule review korang tu. 


Maaf andai ada yang terasa. Tapi ni kenyataan ye. Tapi ada juga jenis yang tak kisah pasal perkara ni. Tapi ai kisah.. SEKIAN.


2 comments:

  1. Setuju sangat dengan yang ni. Kadang kadang tu 2 3 igshop review benda yang sama. Serabut rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa.. bukan xnak support business online.. cara marketing tu merimaskan..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D

Copyright © 2015 AISYA ISMAIL - All Rights Reserved - Template by Aisya Ismail