CLASH OF CLAN a.k.a COC - Aisya Ismail

Monday, 24 August 2015

CLASH OF CLAN a.k.a COC

Assalamualaikum~

Siapa peminat tegar Clash Of Clan a.k.a COC?? Apa?? Tak tau apa itu COC?! Hurmm alaaa.. Game yang katanya buat orang bercerai berai tu. Kan famous awek-awek up status facebook kerana bengang boyfriend gila coc sampai tak layan awek whatsapp.




Ai salah seorang fans COC. Sebenarnya ai tak pasti game ni masih sepanas masa ai baru-baru mula main atau dah hilang sengatnya. Maklum lah kan sekarang banyak betul game yang muncul macam cendawan tumbuh. Tapi ai tetap setia dengan COC dan candy crush sahaja ( handphone berat install game banyak-banyak ). 


Berbalik pada boyfriend gila COC tu. Ai masih ternampak status-status di facebook yang meluahkan rasa hati bila boyfriend / suami asyik dengan handphone main COC. Yang suami merungut si isteri tak masak sebab COC pun ada tau. Masa ai mula-mula berjinak dengan game ni, biasa-biasa je. Tapi bila makin lama ai main, ai jadi addicted. Asyik nak war, war and war. Upgrade itu upgrade ini. So ai faham apa yang dialami oleh fans COC ni.


Kalau nak tau macam mana addicted main COC ni, better korang install and main. Owh ye, tapi tak semua orang pun minat game macam ni. Ada juga orang yang tinggalkan separuh jalan. Ada juga yang bila terikat dengan study or kerja, stop atau jarang main COC. Haaaa maknanya tak semua orang bila main COC ni tak ingat dunia tau.


Macam ai akan on COC bila ada free time je. Waktu keje, chit chat, makan e.t.c, ai tak kan on COC. Sometimes kena hormat orang sekeliling juga. Ok, ni nasihat ai untuk si awek yang selalu bengang / sedih bila boyfriend main COC dan si boyfriend yang gila COC. Atau sebaliknya.


Nasihat untuk si awek
Setiap orang ada minat masing-masing. Bagi lah chance sikit. Better 
boyfriend korang ngadap handphone main COC dari whatsapp awek lain
kan? Sebenarnya,tak semestinya COC. Even dota, candy crush, ps3 atau
apa-apa game pun sama je. Kalau diorang minat diorang memang tak boleh 
di ganggu. Lebih malang lagi kalau boyfriend korang pemarah.. Apa kata 
korang cuba addicted dengan game sampai tak ingat boyfriend korang. Biar 
diorang rasa apa yang korang rasa. Haaa kalau ada boyfriend korang yang gila 
game tapi masih berlaku curang, ituai nasihatkan selayaknya korang ikat kat 
pokok kelapa biar kerengga gigit.

Nasihat untuk si boyfriend 
Tak salah tau kalau korang nak addicted dengan game. Tapi beragak lah sikit.
Jangan terlalu addicted. Pandai-pandai laa curi masa bukan nya all the time.
Nasib baik waktu tidur tak boleh buat apa-apa, kalau tak mesti time tu pun korang 
nak main game. Kalau dalam tidur pun mengigau berCOC tu ai tak tau lah. Satu 
perkara yang korang kena selalu ingat, game je pun tak bawa kemana. Tak mati 
pun kalau tak main game tu. Apa lah salahnya kalau korang luangkan masa untuk 
awek korang yang manja tu. Kalau dah luangkan masa masih lagi merengek, haa 
itupun selayaknya korang ikat kat pokok kelapa biar kerengga gigit.




So terpulang pada korang nak judge game COC ni dan si pemain nya. Tak semua orang sama dalam menilai game ni.. Apa-apa pun COC tak bersalah. So jangan maki-maki COC ye kawan-kawan.... ;p



6 comments:

  1. sejak dah berusia nie minat kat game dah hilang.. hehehe.. Dedulu ada gak lah main candy crush.. memang addicted tapi tak adalah melampau.. boleh lagilah.. skrg dah tukar ke buku lak addicted tu... Sebulan kalau tak beli buku macam tak tentu arah rasanya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai tengah addicted dengan candy crush sekarang ni=D

      Delete
  2. Haha mama antara pemain coc yg dh pencen hingga th10 or 11 skrg member seclan mama yg mainkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa sama laa.. tapi coc ai terbengkalai dah sekarang..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D